z

z

28 Disember 2010

STIKER KERETA AJJ



HADAPAN


BELAKANG

Kepada sesiapa yang berminat :
1 ) sila Inboxkan nama,alamat dan no hp DI facebook ARNIZAN TULKA.
2 ) Sila Smskan nama,alamat dan no HP ke 010-7086520


HARGA 1 SET ( depan dan belakang ) RM 10.00 kos penghantaran adalah PERCUMA


14 Disember 2010

Hidup penuh pantang larang sejak dalam kandungan

Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my
2010/12/14

Jawa Ponorogo pegang teguh adat pastikan segala perbuatan tidak undang musibah

HIDUP dilingkari adat dan budaya. Tradisi lama tidak dibuang meskipun cara hidup moden semakin kuat mengasak. Itulah yang terus dipertahankan masyarakat Jawa Ponorogo memastikan mereka kekal sebagai etnik unik dalam memelihara budaya sejak lahir hingga dewasa.
Ia dapat dilihat dan dibuktikan dengan amalan ibu mengandung dan menguruskan bayi baru lahir. Meskipun ia tidak banyak berbeza dengan Melayu, ada amalan unik yang sukar dilihat dalam masyarakat lain.

Kebetulannya, kebanyakan kampung di Sri Medan seperti Parit Warijo masih menggunakan khidmat bidan dalam menguruskan bayi dan ibu dalam berpantang sekurang-kurangnya tiga hari selepas bersalin.

Selain itu, banyak juga pantang larang dan amalan yang digunakan sejak mengandung. Antaranya, kain kemban untuk ke bilik air perlu disidai sebelum mandi. Ia tidak boleh direndam kerana menurut bidan kampung terlatih di Parit Warijo, Rosiah Yaidi, 47, merendam kain berkemban menyukarkan kelahiran anak.

“Wanita mengandung ditegah duduk di depan pintu kerana sukar bersalin. Ia seperti mengelirukan proses kelahiran sama ada mahu masuk atau keluar. Makan buah seperti epal atau apa saja, tidak boleh terus digigit. Perlu dipotong dengan pisau kerana nanti anaknya juga suka menggigit orang ketika kecil.

“Satu perkara yang selalunya dipastikan oleh Jawa Ponorogo ialah tiba masa untuk bersalin, semua bekas bertutup seperti tin biskut dan kotak makanan mesti dibuka. Sampai sekarang ia masih diamalkan. Ia memudahkan proses bersalin seperti membuka jalan kelahiran. Jika pakai tocang pun mesti dibuka ikatannya.
“Ikan bersengat tidak digalak untuk dimakan ibu mengandung. Ikan keli antara yang sangat sensitif dimakan ibu mengandung kerana tabiat ikan itu suka berenang menentang arus. Dikhuatiri, anak yang mahu lahir turut melawan arus, tidak mahu keluar,” katanya ketika ditemui dalam tugasannya menguruskan seorang ibu baru di Parit Baru, Sri Medan, baru-baru ini.

Masyarakat Jawa Ponorogo juga terkenal dengan beberapa upacara khusus ketika menjalani beberapa fasa iaitu tiga bulan ketika mengandung dan selepas melahirkan anak.

Paling ketara kenduri untuk anak sulung ketika usianya mencecah tiga bulan. Ketika itu, majlis ringkas dibuat menggunakan hidangan nasi takir (nasi kuning yang dibalut dengan daun pisang berbentuk sampan).

Ada perkiraan yang dibuat menggunakan kalendar Jawa untuk memastikan berapa bilangan balutan nasi takir perlu dibuat dan ia berdasarkan hari kelahirannya. Sebagai contoh, selepas kiraan oleh orang yang arif kalendar Jawa mendapati hari kelahirannya memberi angka 17, maka 17 balutan nasi takir perlu disediakan.

“Nasi takir juga dibuat ketika mengandung tiga bulan dan diberi kepada jiran dengan diselitkan jarum di tepinya sebagai pendinding. Pernah dengar cerita orang mengandung, bayinya hilang? Itulah tujuannya jarum diselit di tepi nasi takir untuk mengelakkannya hilang, diambil makhluk halus.

“Tujuan diagihkan nasi takir kepada jiran ialah supaya mereka tahu ada orang mengandung dan mereka juga tahu yang kandungan itu sudah tiga bulan.

“Ketika kandungan masuk tujuh bulan, suami dan isteri perlu dimandikan air bunga tujuh jenis. Air itu turut diletak minyak wangi dan ada bacaan khusus untuk membersihkan diri. Ia bertujuan melahirkan bayi yang bersih. Ia dimandikan bidan khusus yang tahu bacaannya menggunakan ayat al-Quran. Biasanya selepas dibaca, air akan berubah menjadi sejuk dingin.

“Senduk sebagai gayung mandian dibuat dengan kelapa. Isi kelapa pula minyak. Ia direbus sampai menjadi minyak dan diminum ibu mengandung itu supaya lancar apabila melahirkan anak nanti,” katanya lagi.

Adat paling unik ialah suami membelah kelapa muda ketika isteri mengandung tujuh bulan. Suami menetak dan semua orang menjadi saksi di bahagian manakah kelapa itu dibelah. Jika tepat di tengah, spontan semua orang berteriak, anak perempuan, tetapi jika di tepi, teriak mereka, anak lelaki.

Meskipun dikatakan hanya kepercayaan Jawa Ponorogo, menurut Rosiah kebanyakan yang membuat tradisi itu biasanya mendapati jantina anak seperti yang dilihat ketika membelah kelapa.

INFO: Adat berpantang

  • Ibu bersandar di sendenan bagi mengelak darah putih naik ke mata atau rahim jatuh serta mudah menguruskan bayi. Sendenan dibuat sendiri menggunakan kayu dan jika tiada, bantal juga boleh diguna untuk menampung badan agar lebih tinggi.

  • Urut ibu bersalin selama lima hari berturut-turut bermula hari kedua atau ketiga untuk membetulkan urat dan peranakan biasanya dengan minyak serai.

  • Apabila tali pusat tanggal, bayi dimandikan dengan air tujuh bunga bagi menghormati uri yang dikatakan teman rapat bayi. Uri yang ditanam berhampiran rumah disiram sisa air mandian bunga mengelak bayi menangis kerana diganggu semangat uri. Mandian bunga juga untuk memberi seri kepada bayi.

  • Tempat uri ditanam perlu dinyalakan api setiap malam untuk memberi cahaya supaya ada rasa dihormati.

  • Jawa Ponorogo menggunakan sengkak iaitu urutan menaikkan kedudukan peranakan yang dilakukan bidan. Pilis pula disapu pada kening untuk mencerahkan mata kerana dikatakan ibu baru melahirkan anak mudah rabun.

  • Bayi dimandikan dengan air rebusan daun dukung anak jika sakit kuning.

  • Ibu guna bengkung yang dililit pada punggung dan perut untuk mengembalikan bentuk tubuh. Uniknya, lilitan bengkung sepanjang 12 meter dilakukan sendiri oleh ibu dan tidak ada sesiapa pun termasuk anak kecil dibenarkan lalu di bawahnya.


  • Rujuk kalendar Jawa elak nasib buruk



    KALENDAR Jawa adalah satu keunikan masyarakat Jawa terutama Ponorogo. Namun, lantaran sukar memahaminya di samping terlalu banyak tafsiran tersirat menyebabkan tidak ramai mempelajarinya menyebabkan ia semakin tidak popular.

    Penggunaan kalendar Jawa penting untuk menentukan banyak perkara termasuk tarikh pernikahan, kenduri dan temu duga.
    Meskipun kalendar itu tidak digunakan secara meluas, ia dijual di kebanyakan kedai di Batu Pahat dan masih disimpan kebanyakan Jawa Ponorogo walaupun ramai tidak tahu menggunakannya.


    Dalam kiraan kalendar Jawa, hanya ada lima hari seminggu dikenali sebagai Paing, Pon, Wagei, Keliwon dan Legi. Hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat tetap ada dalam kalendar itu tetapi putaran lima hari menyebabkan ada Isnin dikenali sebagai Isnin Paing dan selepas putaran ia mungkin menjadi Isnin Wagei.

    Sebagai contoh jika Rabu minggu pertama adalah Paing, maka Rabu berikutnya menjadi Wagei. Putaran itu berterusan sehingga 35 hari dan kembali menjadi Rabu Paing. Ia menunjukkan kalendar Jawa menggunakan 35 hari dalam sebulan.

    Untuk membuat perkiraan pula, setiap hari dalam Jawa diberi nombor iaitu sembilan untuk Paing, tujuh (Pon), empat (Wagei), lapan (Keliwon) dan lima (Legi).

    Isnin hingga Ahad juga ada diberi nombor khas iaitu empat untuk Isnin, tiga (Selasa), tujuh (Rabu), lapan (Khamis), enam (Jumaat), sembilan (Sabtu) dan lima (Ahad).
    Nombor ini penting dalam penggunaan kalendar Jawa bagi mengira jumlah nombor diri individu seterusnya menentukan tarikh sesuai untuknya melaksanakan sesuatu perkara.

    Contohnya, jika lahir pada Ahad Pon, kiraannya menjadi lima (Ahad) dicampur tujuh (Pon) yang membawa jumlah 12. Ia diambil bagi menentukan di mana nasibnya akan jatuh berdasarkan lima perkara iaitu lahir, sandang, pagan, loro dan pati.

    Lahir, sandang (pakaian) dan pagan (makan) dianggap sebagai sangat elok manakala loro (sakit) dan pati (mati) dianggap buruk. Selepas dipastikan angkanya 12, ia dikira bermula lahir ke pati sehingga jatuh ke angka 12. Bermaksud, nasibnya jatuh di sandang menandakan hari kelahirannya sangat sesuai.

    Menurut pakar budaya di Parit Baru, Sadiman Rono atau Pak Samad, jika hari lahirnya dalam lahir, sandang atau pagan, dia sesuai mengadakan apa saja majlis pada hari yang sama.

    “Namun, jika hari lahir jatuh pada loro atau pati, elakkan buat majlis pada hari yang sama. Maksudnya, jika dia lahir pada Ahad Wagei (lima campur empat), yang jatuh pada loro, apa saja majlis tidak sesuai diadakan pada Ahad Wagei.

    “Dikatakan banyak majlis yang melanggar pantang ini mendapat nasib tidak baik. Kenduri kahwin, nasi tak masak, hujan lebat dan pelbagai lagi. Ada pula cerita, orang makan nasi kenduri dapat sakit perut. Tapi itu semua sudah tidak begitu diamalkan kini,” katanya.

    Kiraan kalendar Jawa juga digunakan untuk menentukan berapa banyak nasi takir perlu disediakan untuk hidangan ketika usia bayi memasuki tiga bulan. Meskipun kalendar ini sudah tidak popular kerana diakui sangat sukar untuk memahaminya, namun ia menjadi antara tradisi dan budaya unik yang hanya ada pada masyarakat itu.


    13 Disember 2010

    Warijo rintis penghijrahan Ponorogo ke Tanah Melay ( siri 2 )u

    Warijo rintis penghijrahan Ponorogo ke Tanah Melayu
    Oleh Azrul Affandi Sobry

    PONOROGO ialah satu daerah di Jawa Timur, iaitu satu daripada kepulauan Jawa yang turut mempunyai Jawa Tengah dan Jawa Barat. Sejarah daerah itu cukup unik terutama mengenai perkembangan Islam sebagai agama terbesar selepas begitu lama rakyatnya beragama Hindu.


    Lebih menarik untuk dikupas sejarah daerah itu kerana ia berkait rapat dengan kewujudan masyarakat Jawa Ponorogo di kebanyakan kampung Batu Pahat, Johor serta sebahagian besar turut mendiami Selangor.



    Di Batu Pahat, masyarakat itu mula mendiami kebanyakan pedalaman awal 1920-an lantaran kesukaran mengukuhkan ekonomi di daerah asal. Penghijrahan itu juga disebabkan penindasan sejak mereka diperintah kerajaan Majapahit. Merujuk masyarakat Jawa Ponorogo di Kampung Parit Warijo, mereka berasal dari Gerogol, kampung kecil di Ponorogo, Indonesia. Kewujudan Parit Warijo dimulai dengan perpindahan sekumpulan kecil masyarakat itu diketuai Warijo Joyo pada 1926. Pemilihan sekitar Sri Medan untuk dijadikan penempatan dicadangkan penduduk Parit Osman yang sudah lama mendiami kawasan itu tetapi bukan dari Ponorogo.



    Pada mulanya, Parit Warijo dan kebanyakan kampung di sekitarnya hanya hutan dan penerokaan Warijo membolehkan lebih ramai penduduk berhijrah, sekali gus mewujudkan perkampungan baru. Pembukaan Parit Warijo juga mendorong penerokaan kawasan baru oleh rakan Warijo seperti di Parit Dayos dan Parit Baru. Keadaan sama berlaku di luar Sri Medan seperti di Parit Bingan dekat Parit Raja yang turut didiami majoriti Jawa Ponorogo.



    “Perpindahan Jawa Ponorogo ke sini melalui Singapura. Ketika itu mereka tidak kata ke Malaya tetapi sekadar menyebutnya ke seberang. Antara sebab utama mereka berpindah kerana tanah di sini lebih subur untuk bercucuk tanam.
    “Tanah di Gerogol keras tidak sesuai untuk bertani. Warijo sanggup berhijrah jauh ke sini untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Itupun selepas mendengar cerita penduduk Parit Osman,” kata bekas ketua kampung, Malik Samuri, 77, sambil menunjuk tapak rumah Wajuri bersebelahan gerbang masuk ke Parit Warijo.



    Meskipun Warijo peneroka kampung itu, peranan membawa masuk lebih ramai Jawa Ponorogo digerakkan Samuri Iman Rejo yang datang kemudian sekali gus dilantik menjadi ketua kampung. Masyarakat Jawa Ponorogo awalnya menanam padi, ubi dan kopi sebagai sumber ekonomi selain bekerja di lombong besi sekitar Sri Medan. Kesempatan meneroka lebih banyak kawasan hutan membolehkan mereka menanam getah dan kelapa sawit malah ada yang memiliki kebun puluhan hektar.



    Masyarakat Jawa Ponorogo di Sri Medan yang sudah mencapai generasi ketujuh masih tidak dapat mengetepikan budaya Hindu yang dibawa dari Indonesia termasuk penggunaan amber tengah (ruang berpalang bawah di tengah rumah) untuk meletak sajen (nasi dengan daging bakar dan kemenyan), meskipun sebahagiannya sudah tidak digunakan.



    Hindu mempengaruhi rapat sejarah masyarakat di Indonesia sebelum kemasukan Islam di kebanyakan kawasan Kepulauan Jawa. Ia bermula sejak Ponorogo yang sebelumnya dikenali sebagai Wengker pada abad ke-15 di bawah penguasaan kerajaan Majapahit, pimpinan Perabu Barwirabumi.



    Wengker dipimpin Ki Ageng Suryong Alam atau (Ki Ageng Kutu) yang enggan membayar ufti kepada Majapahit. Pembesar Majapahit mengarahkan anaknya, Lembu Kanigoro untuk bertindak. Kanigoro menemui abangnya, Radin Fatah yang menjadi Sultan Demak untuk mempelajari taktik berperang.



    Kanigoro juga belajar agama dan memeluk Islam serta menukar namanya kepada Bethoro Katong atau Radin Katong sebelum meneruskan misinya ke Wengker dengan bantuan seorang abdi bernama Selo Aji. Hasil bantuan seorang Muslim, Ki Ageng Merah, satu pertemuan dengan Ki Ageng Kutu dibuat bagi mencari kata sepakat. Namun, ia ditolak pemimpin Wengker sehingga mencetuskan peperangan. Kemenangan akhirnya diperoleh Bethoro Katong selepas mempelajari ilmu kesaktian apabila mengahwini anak Ki Demang, Niken Sulastri sekali gus menawan Wengker dan menjadi bupati (penghulu) pertama bagi daerah itu yang ditukar namanya Ponorogo.



    Tentera Wengker dijadikan pengawal daerah dan daerah itu menjadi lokasi latihan tentera. Pengawal dilatih menjadi handal selain mempunyai kesaktian serta jujur dalam menjalankan tugas. Keberanian dan kepahlawanan itu menyebabkan mereka digelar Warok dalam masyarakat Jawa Ponorogo.



    Sebenarnya Warok menjadi sejarah penting yang menggambarkan ciri utama masyarakat ini iaitu berani dan teguh mempertahankan negeri. Karakter Warok dengan misai dan janggut tebal serta berpakaian serba hitam sering dijadikan bahan dalam persembahan wayang kulit dan barongan. Watak ini juga diabadikan di Ponorogo, Indonesia sebagai tugu simbol kekuatan masyarakat itu. Penampilan watak Warok dengan konsep pakaian asalnya masih ada dalam persembahan barongan. Kemasukan Islam secara hebat di kawasan itu juga ada kaitannya dengan peperangan itu dan peranan Warok sendiri.



    Menurut guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Medan, Mohd Abidin Ismail, kemasukan masyarakat Jawa Ponorogo ke Tanah Melayu ada kaitan dengan peperangan antara Majapahit dengan Belanda.



    “Meskipun orang Jawa terkenal dengan keberanian, mereka tidak suka peperangan sebab itu mereka memilih Tanah Melayu kerana aman. Sebenarnya Jawa Ponorogo datang ke sini sebelum Perang Dunia Pertama. Kawasan Parit Raja, Parit Sulong dan Sri Medan menjadi pilihan pertama. Mereka dari Bengkalis melalui Sumatera pula ke Selangor.



    “Kebetulannya lokasi Jawa Ponorogo dekat untuk ke Selangor dan Johor. Mereka datang dengan tongkang dan memilih hutan untuk diteroka sebab masyarakat ini memang rajin membuka tanah baru. Nama perkampungan diambil daripada nama ketua yang meneroka seperti Parit Warijo,” katanya.



    Lantaran itu katanya, ada orang Jawa Ponorogo yang kini mempunyai ladang kelapa sawit seluas ratusan hektar dan pendapatan bulanan sehingga lebih RM50,000 sebulan kerana keupayaan dan kerajinan mereka meneroka sebanyak tanah yang pada ketika dulu tidak termaktub dalam sebarang akta tanah.

    12 Disember 2010

    Bahasa Halus Kian Pupus





    JAWA Ponorogo mempunyai beberapa kelainan jika dibandingkan dengan masyarakat Jawa lain kerana mereka bukan sekadar berasal dari Jawa Timur, satu daerah dalam Kepulauan Jawa yang turut mempunyai Jawa Barat dan Tengah, malah masyarakat itu turut mempunyai bahasa pertuturan berbeza.



    Jika orang Jawa Ponorogo bercakap dalam bahasa mereka, ia mungkin tidak difahami masyarakat Jawa lain dan begitu juga sebaliknya. Lebih unik, Jawa Ponorogo mempunyai dua jenis bahasa iaitu bahasa pasar (pertuturan biasa) dan bahasa halus yang kini semakin pupus kerana kurang pengamalnya.



    Satu keistimewaan masyarakat ini ialah ketegasan ibu bapa dalam memastikan bahasa Jawa Ponorogo terus diwarisi golongan muda sama ada dengan penggunaan secara kerap dalam rumah, mahupun menjadi bahasa pertuturan rasmi di mana saja mereka berada.



    Justeru, tidak menghairankan jika meskipun orang Jawa Ponorogo sedang berbual dalam Bahasa Melayu sesama rakan bukan Jawa, mereka akan dengan spontan menukar bahasa pertuturan itu ke bahasa Jawa sejurus ada seorang rakan Jawa menyertai perbualan itu.



    Ia juga sama dalam banyak urusan sama ada ketika menyampaikan ceramah dan ucapan sesama mereka. Sukar sekali untuk difahami lenggok bahasa Jawa Ponorogo ini kerana tiada langsung persamaan dengan bahasa Melayu.



    Ketika melihat persembahan wayang kulit yang dibawa khusus dari Ponorogo, Indonesia di satu majlis perkahwinan, semua pengunjung Melayu hanya mampu terpinga-pinga, malah dalam kalangan orang Jawa juga ada yang asyik kehalusan sekali bahasa yang digunakan.



    Ia sekali gus menunjukkan begitu unik sekali bahasa Jawa Ponorogo dalam masyarakat itu, namun hakikat yang perlu diakui ialah ia semakin pupus kerana tidak ramai generasi baru termasuk golongan umur pertengahan yang menguasai bahasa Jawa Ponorogo halus.



    “Kue apik tenang. Ayo la neng ngomah ku. Aku madang sego.” Rasanya bahasa itu kedengaran berbeza sekali dengan orang Jawa lain. Ayat itu yang membawa maksud - “Kamu sangat baik hati. Jemputlah ke rumah saya. Aku makan nasi.” Ada antara isi ayat itu hanya ada pada orang Jawa Ponorogo.



    Namun, jika diteliti pula aspek bahasa halus mereka, nyata jauh sangat perbezaan dengan bahasa pertuturan harian. Malah, jika ditanya kepada orang Jawa lain, pasti ada yang langsung tidak tahu maksudnya sesuatu perkataan itu.



    Sebagai contoh, makan dalam masyarakat Jawa adalah madang dan ada menyebutnya mangan. Namun, dalam bahasa halus Jawa Ponorogo, ia disebut dahar. Nyata jauh sekali perbezaannya, bukan sekadar mengubah satu dua suku kata.



    Tidur disebut turu dalam perbualan harian tetapi menjadi tilem dalam bahasa halus. Rumah atau omah menjadi griyo, manakala jalan atau dalan menjadi radosan.



    Apa sekalipun, keunikan itu pasti menjadikan masyarakat itu sangat menarik untuk didekati, bukan sekadar bahasa tetapi cara hidup dan budaya mereka tersendiri.

    Jati Diri PONOROGO



    Siri 1


    Secara ringkas, Jawa Ponorogo adalah masyarakat terbesar bertumpu di kawasan Sri Medan, Batu Pahat dan antara teramai di daera
    h Johor itu. Malah, mereka juga kekal satu-satunya masyarakat Jawa yang tegar meneruskan cara hidup serta budaya asal Jawa dibawa dari Indonesia.Jawa Ponorogo berasal dari daerah di Jawa Timur iaitu Ponorogo dan kemasukan mereka ke sekitar Batu Pahat dan sebahagiannya di Selangor berlaku pada awal 1920 untuk memantapkan ekonomi mereka lantaran kesukaran membina kehidupan sempurna di tanah asal di Indonesia.

    Kesempatan mendekati mereka di kawasan Sri Medan terutama di kampung Parit Warijo dan Parit Baru, menyerlahkan lagi realiti yang menampilkan kelainan seb
    agai penerus budaya Jawa asli dari Indonesia. Perbezaan yang ditampilkan pula bukan sekadar bahasa tetapi juga cara hidup serta wajah kampung itu sendiri.

    Penulis sendiri terpegun seketika melihat persekitaran ketika melintasi jalan Parit Warijo ke rumah Ketua Kampung, Sukadi Kusmadi, baru-baru ini. Di kiri kanan jalan, kami dihidangkan pemandangan rumah besar berhalaman luas dan bersih dikelilingi pokok kelapa sawit yang tersusun kemas. Bukannya tiada kampung lain sebersih itu tetapi pemandangan kali ini mengagumkan penulis kerana selain kebanyakan rumahny
    a
    ibarat banglo mewah, halamannya juga luas yang boleh memuatkan lebih 10 kereta sekali gus.Biarpun dikelilingi pokok kelapa sawit, persekitarannya sentiasa bersih yang menjadi antara keunikan cara hidup atau budaya Jawa Ponorogo dan bukan Jawa lain secara umumnya.


    Malah Jawa Ponorogo juga unik kerana banyak perbezaan dengan Jawa lainnya termasuk aspek bahasa dan budaya berikutan asal usul mereka dari Jawa Timur di Kepulauan Jawa.Ramai warga tuanya juga mahir berbahasa Jawa Ponorogo halus.Keunikan lain mereka ialah sikap lemah lembut dan berbudi bahasa dalam kebanyakan urusan. Tidak sah bertandang tanpa hidangan sekurang-kurangnya air kosong. Seperti peringatan rakan Jawa la
    in yang mengetahui misi Misteri Etnik mendekati masyarakat itu kali ini, jangan sekali-kali menolak hidangan jika berkunjung ke rumah orang Jawa terutama Ponorogo kerana budaya mereka memastikan tetamu tidak pulang tanpa tekak dibasahkan dulu.


    Merujuk sejarah kedatangan mereka, meskipun merantau ke bumi orang dalam keadaan daif dan hanya berbekalkan kemahiran bertani, masyarakat itu berjaya membina kehidupan baik dengan kebanyakan keluarga memiliki tanah luas mencecah belasan ekar dengan pelbagai tanaman seperti kelapa sawit dan getah.

    Ia berkait rapat sifat berani meneroka kawasan baru serta rajin. Selain paparan keadaan rumah mereka yang mewah, masyarakat ini juga tebal tradisi mencari rezeki untuk diwarisi turun temurun. Lantaran itulah, meskipun Sri Medan sinonim dengan banjir selama ini, ia mampu dibangunkan dengan baik sampai sekarang atas kemahuan orang Jawa Ponorogo yang membina kehidupan lebih selesa untuk kesenangan anak cucu.Masyarakat Jawa Ponorogo juga memiliki keteguhan mempertahankan budaya tersendiri kerana sudah menjadi tradisi di Ponorogo, Indonesia, satu pesta kebudayaan ‘Reyog’ terus diadakan setiap tahun.



    Ia turut menjadi tunjang kepada keturunan Jawa Ponorogo di negara ini untuk terus mempraktikkan banyak aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kuda kepang, barongan, wayang kulit dan permainan muzik gamelan. Lebih ketara, perhubungan berterusan masyarakat itu dengan keluarga asal di Ponorogo, membolehkan budaya itu dikekalkan.Kebetulan, ketika tugasan Misteri Etnik ini dijalankan, ramai masyarakat di Parit Warijo berkunjung ke Ponorogo kerana di
    sana bakal diadakan pesta Reyog yang kebiasaannya menjadi keramaian terbesar setiap kali tiba Awal Muharam.



    Kelebihan mereka juga terletak kepada darah pahlawan yang menebal dalam diri mereka, terutama jika merujuk sejarah mereka dalam perkembangan Islam dan tuntutan kemerdekaan daripada kerajaan Majapahit. Jawa Ponorogo ini turut dikenali pejuang ‘Warok’ yang diabadikan sebagai tugu besar di daerah itu di Indonesia.Darah kepahlawanan dan keberanian itulah mendorong mereka untuk membina penempatan di kebanyakan kawasan di Batu Pahat. Malah, di Sri Medan sendiri, boleh dikatakan 80 peratus penduduknya berdarah Ponorogo selain etnik Jawa lain, Banjar dan masyarakat Cina yang bergelar minoriti di situ.


    Status diri sebagai ‘orang kaya’ juga sesuai bagi menggambarkan cara hidup mereka. Difahamkan, tidak banyak kenderaan awam yang sanggup memasuki kawasan itu kerana sukar mendapat penumpang lantaran setiap isi rumah memiliki kereta sendiri, termasuk berkereta mewah.Jika adapun, mungkin sekali bagi setiap dua ke tiga jam, kelihatan kelibat bas awam, itupun tidak ramai penumpang. Kemewahan masyarakat itu mungkin didorong keupayaan mengusahakan sektor pertanian dan perladangan. Difahamkan juga, ekonomi rumah tangga turut dibantu hasil usaha golongan wanitanya yang mahir mengusahakan pelbagai kerja tangan.



    Biarpun kaya atau berkemampuan, mereka tidak lekang sikap ramah, merendah diri serta budi bahasa tinggi yang menarik hati penulis. Tidak hairanlah kerap juga program anak angkat diadakan di situ kerana mudah mendapat kerjasama keluarga yang sudi menerima tetamu.Mereka juga dikatakan golongan kuat beribadat dan hebat berdakwah, termasuk penggunaan pentas wayang kulit sebagai saluran utamanya. Malah, ia menjadi alat utama pada zaman wali kesembilan di Jawa ketika penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat Jawa Hindu.



    Namun, disebabkan Indonesia secara umumnya dan Kepulauan Jawa pada dulunya dimonopoli agama Hindu, ia sedikit sebanyak mempengaruhi budaya masyarakat Jawa termasuk Ponorogo, terutama struktur rumah.Kebanyakan, malah mungkin semua rumah asal Jawa Ponorogo mempunyai ruang di tengah dinding berlubang dengan satu kayu setinggi paras betis di bawahnya dikenali sebagai ‘Undak Undaan’. Ia sebenarnya digunakan oleh masyarakat dulu untuk meletak kemenyan dan kelapa, kononnya untuk meraikan sesuatu. Ia nyata pengaruh Hindu yang dibawa mereka, namun sudah diketepikan kini.

    12 November 2010

    Jenis-Jenis Burung Paling Berbahaya Di Dunia

    9. Burung Rhea



    The Rhea, asli Amerika Selatan, merupakan burung besar yang dapat tumbuh hingga berat 60-80 kilogram. Meskipun lebih kecil dari burung unta dan tidak seagresif seperti kasuari, rheas memiliki kaki berotot, taji keras pada kaki mereka dan tendangan mereka dapat menghasilkan kekuatan sebesar 800 pon per inci persegi.


    8. Burung Hering


    Jika terpojok, seekor burung hering dapat mendesis atau membuat suara mendengus untuk Anda. Mereka, tentu saja, juga memiliki paruh melengkung tajam yang bisa mengoyak daging, dan juga memilik penglihatan yang sangat baik.



    7. Burung Elang


    Elang adalah binatang yang kuat, cukup kuat untuk mengangkut sesuatu yang memiliki berat empat pon, burung ini agresif dan meskipun mereka tidak terlalu bahaya bagi manusia di alam liar, dalam ruang tertutup cakar dan paruh mereka dapat membahayakan dan menyerang manusia dengan mudah. Mereka bisa makan sekitar setengah kilo ikan dalam empat menit.

    6. Burug Falcon


    Seperti burung pemangsa lainnya, mereka memiliki cakar tajam dan paruh kuat yang digunakan untuk berburu, bersama dengan kecepatan dan kelincahan, menciptakan bahaya serius bagi manusia, bahkan walaupun masih bayi, paruhnya juga dapat dikonfigurasi secara khusus untuk memotong melalui saraf tulang belakang dari mangsa mereka.

    5. Burung Hantu


    Burung hantu adalah raptors, atau burung pemangsa, dan mereka menggunakan cakar dan paruh untuk membunuh, menangkap dan makan. Dalam sebuah ruang tertutup, atau jika burung itu ada dalam ketakutan atau gelisah, bisa berakibat sangat buruk kepada Anda.

    4. Burung Camar


    Burung camar sangat agresif dan dikenal sering menyerang dan bahkan mematuk di kepala orang-orang untuk melindungi sarang dan anaknya. Bahkan, orang-orang Inggris terpaksa membawa payung untuk menghindari serangan itu, setidaknya pernah ada seorang wanita dibawa ke ruang gawat darurat dengan paruhnya karena luka mendalam di kepala, dan anjing-anjing dibunuh oleh burung-burung.

    3. Angsa Kanada


    Angsa Kanada sangat agresif, terutama jika Anda sengaja atau tidak sengaja mendekati sarang mereka atau anak mereka, maka mereka akan mengejar Anda hingga pergi dan bahkan menggigit Anda.

    2. Burung Unta


    Burung unta adalah burung gugup dan dapat berbahaya. Mereka merupakan burung terbesar yang masih ada, mereka dapat mencapai berat 350 pon dan kecepatan mereka berlari mencapai 30 mil per jam selama 10 mil lurus. Seperti burung kasuari, mereka memiliki kaki yang kuat dan juga mempunyai cakar tajam. Tendangan mereka dapat membunuh seekor hyena.

    1. Burung Kasuari


    Kasuari, salah satu spesies yang terancam punah. Burung besar ini hidup di hutan hujan, hutan dan rawa di Australia. Kasuari tidak bisa ditebak, agresif dan dikenal untuk dengan serangan kaki besar mereka yang suka menendang dan mencakar. Tendangan mereka mampu meremukkan tulang, dan cakar mereka bisa disamakan dengan ketajaman belati.
    __._,_.___

    26 Oktober 2010

    OH Bunga-Bunga

    WaRNa BuNGa RoSe

    WaRNa DaN MaKSuD BuNGa RoSe
    HaTi SeRiNG TeRTaNYa-TaNYa aPaKaH MaKSuD WaRNa BuNGa RoSe YaNG PeRNaH DiTeRiMa. aPaKaH ia MeLaMBaNGKaN RaSa KaSiH, CiNTa, SiMPaTi aTauPuN SeKaDaR TeMaN BiaSa? SeBeNaRNYa BuNGa RoSe MeMPuNYai PeLBaGai WaRNa YaNG MeNGaNDuNGi MaKSuD TeRSiRaT. TaKuT NaNTi TeRSaLaH aNDaiaN DiRi SeNDiRiYaNG MaLu. Di SiNi aDaLaH aNDaiaN BaNYaK PiHaK TeNTaNG MaKSuD TeRSiRaT Di SeBaLiK WaRNa BuNGa RoSe.


    * BuNGa RoSe MeRaH JaMBu*
    KaMu aDaLaH CiNTa PeRTaMa Si Dia DaN iNi MeNJaDi RaHSiaNYa SeKaK SeKiaN LaMa. MaKNaNYa KaMu aDaLaH iNSaN YaNG MeNJaDi iDaMaNNYa SeLaMa iNi.
    *BuNGa RoSe PuTiH*
    RaSa CiNTa YaNG aDa DaLaM DiRiNYa aDaLaH CiNTa SeJaTi DaN SeSuCi RoSe PuTiH iTu.
    * BuNGa RoSe KuNiNG*
    Si Dia MaHu KaMu MeNJaDi SaHaBaTNYa aTau ia MeNaNDaKaN PeRaSaaN CeMBuRu TeRHaDaP KaMu.

    *BuNGa RoS MeRaH*
    Si Dia MeNCiNTaiMu SeTuLuS HaTi DaN iNGiN BeRSaMa SeLaMaNYa.

    BuNGa MeLuR

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa MeLuR @ MeLaTi:
    YaSMeeN aFRiNa
    (YaSMeeN-BuNGa MeLuR @ MeLaTi) (aFRiNa-PuTiH KeMeRaHaN)

    BuNGa MeLuR ~ P. RaMLi

    Di HuJuNG SaNa TeMPaTMu, BuNGa MeLuR
    BuKaN Di TaMaN YaNG iNDaH, BuNGa MeLuR
    HaNYa Di SuDuT HaLaMaN
    TiaDa DiHiaSi JaMBaNGaN iNDaH PeRMai

    TaPi WaRNaMu YaNG PuTiH, BuNGa MeLuR
    TaNDaNYa SuCi DaN MuRNi, BuNGa MeLuR
    WaLauPuN DiTiuP DeBu
    WaRNaMu DaN BauMu TeTaP MeMiKaT KaLBu

    iBaRaT GaDiS DeSa, BuNGa MeLuR
    SeDeRHaNa...
    WaLau KeRiNG TaK BeRCaHaYa, BuNGa MeLuR
    BauMu MeMiKaT JiWa

    SeMoGa SaBaR DaHuLu, BuNGa MeLuR
    PaDa Di SaTu KeTiKa, BuNGa MeLuR
    MaSaNYa KaN MeNJeLMa
    DiSaNJuNG DaN DiPuJa
    oLeH GaDiS ReMaJa

    BuNGa MaWaR


    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa MaWaR @ RoSeS:
    WaRDiNa HuMaiRa
    (WaRDiNa-BuNGa MaWaR @ RoSeS) (HuMaiRa-PuTiH CaMPuR MeRaH)


    WaRNa DaN MaKSuD


    MeRaH ~ CiNTa YaNG MeNDaLaM, KeBeRaNiaN, PeNGHaRGaaN.

    KuNiNG ~ TaNDa PeRSaHaBaTaN, KeBeBaSaN, KeBaHaGiaN DaN KeGeMBiRaaN.

    MeRaH JaMBu @ PiNK @ PeaCH ~ TaNDa TeRiMa KaSiH, RaSa SYuKuR YaNG MeNDaLaM, KeKaGuMaN, PeNGHaRGaaN DaN SiMPaTi.

    PuTiH ~ KeTuLuSaN CiNTa, KeSuCiaN HaTi, MeNGaMBiL BeRaT, PeNGHoRMaTaN, KeRaHSiaaN DaN PeRTuNaNGaN.

    MeRaH DaN PuTiH ~ KeBeRSaMaaN.

    KHaSiaT KHuSuS BaGi PeReMPuaN:

    1. uNTuK BuNGa MaWaR, DiDaLaMNYa TeRDaPaT MiNYaK aSiRi YaNG MeNGaNDuNGi GeRaNioL, LiMoNeNe, ZaT SiTRaT, SiTRoNeLoL, LiNaLoL, NeRoL, euGeNoL, FeNiLeTiLaLKoHoL, FaRNeSoL, DaN NoNiLaL-DeHiDa BeRKHaSiaT SeBaGai aNTiSePTik, PeMBuNuH JaMuR CaNDiDa aLBiCaN PeNYeBaB KePuTiHaN, MeNaMBaH DaYa TaHaN TuBuH, DaPaT MeNGuBaTi GiGiTaN SeRaNGGa BeRBiSa, GaBaG (MoRBiLi), dan JeRaWaT.

    2. DauN DaN KeLoPaK BuNGa MaWaR BeRKHaSiaT MeNDiNGiNKaN TuBuH SeHiNGGa BeRMaNFaaT uNTuK MeNuRuNKaN DeMaM SeRTa MeNGHiLaNGKaN PaNaS DaN RaCuN DaRi DaLaM TuBuH. JiKa iNGiNKaN KHaSiaT BuNGa MaWaR LeBiH TaHaN LaMa, DaPaT DiHaSiLKaN DaLaM BeNTuK CuKa uBaT.

    BuNGa TeRaTai

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa TeRaTai :
    DaRiNa SaLSaBiLa
    (DaRiNa-BuNGa) (SaLSaBiLa-NaMa MaTa aiR Di SYuRGa, aiR YaNG SeDaP)

    SWeeT CHaRiTy ~ Teratai

    Oh teratai bunga indah
    Engkaulah pujaan hatiku

    Telah lama aku rindukan
    Wahai teratai bunga indah
    Sungguh cantik paras wajahmu
    Sinar matamu bagaikan suria pagi
    Setiap insan selalu terpikat
    Memandangmu teratai bunga indah
    Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
    Badai taufan datangmenghembus dirimu
    Engkaupun terkulaidan merunduklah
    Layu tak berseri lagi
    Oh tuhan tolong lindungilah dia
    Agarku dapat bersamanya lagi
    Ku inginkan teratai ku sayang
    Berseri seperti semula

    BuNGa DaHLia

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa DaHLia :
    DaHLia ZuLaiKHa
    (DaHLia-BuNGa DaHLia) (ZuLaiKHa-KeCaNTiKaN YaNG MeNaWaN)

    DaHLia
    DaHLia aDaLaH TaNaMaN PeRDu BeRuMBi YaNG SiFaTNYa TaHuNaN (PeReNiaL), BeRBuNGa Di MuSiM PaNaS SaMPai MuSiM GuGuR. DaHLia aDaLaH BuNGa NaSioNaL NeGaRa MaXiCo YaNG JuGa MeRuPaKaN NeGaRa aSaL BuNGa iNi. DaHLia TeRMaSuK BuNGa YaNG TeRLaMBaT DiKeMBaNG-BiaKKaN. PaDa TaHuN 1872, NeGeRi BeLaNDa MeNeRiMa SeKoTaK uMBi DaHLia YaNG DiKiRiM DaRi MeXiCo. DaRi SeKoTaK uMBi BuNGa DaHLia TeRNYaTa HaNYa SaTu uMBi YaNG BeRHaSiL BeRBuNGa NaMuN MeNGHaSiLKaN BuNGa iNDaH BeRWaRNa MeRaH DeNGaN DauN BuNGa YaNG RuNCinNG. aHLi TaNaMaN BeRHaSiL MeNGeMBaNG BiaKKaN DaHLia YaNG KeMuDiaN DiNaMaKaN DaHLia JuaReZii. DaHLia JuaReZii MeRuPaKaN NeNeK MoYaNG SeMua BuNGa DaHLia HiBRiD (PeRSiLaNGaN) YaNG TeRDaPaT SeKaRaNG iNi. TaNaMaN DaHLia aDaLaH MaKaNaN LaRVa BeBeRaPa SPeSieS LePiDoPTeRa(JeNiS KuPu-KuPu).BuNGa DaHLia DiNaMaKaN uNTuK MeNGHoRMaTi aHLi BoTaNi BeRbaNGSa SWeDeN DaRi aBaD Ke-18 YaNG BeRNaMa aNDeRS DaHL. DaHLia JuGa MeRuPaKaN BuNGa RaSMi KoTa SeaTTLe, WaSHiNGToN, aMeRiKa SYaRiKaT.
    MaNFaaT
    BuNGa DaHLia YaNG KiTa KeNaL SeKaRaNG TeRDiRi DaRi RaTuSaN KuLTiVaR. SeBaHaGiaN BeSaR TaNaMaN DaHLia MeNGHaSiLKaN BuNGa YaNG WaRNaNYa CeRaH DaN MeMPeSoNa, SeHiNGGa DaHLia MeRuPakaN KoMoDiTi PeNTiNG BaGi iNDuSTRi TaNaMaN PoT.

    BuNGa TaNJuNG

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa TaNJuNG :
    KaMiLia aBiRaH
    (KaMiLia-BuNGa, SuCi) (aBiRaH-HaRuM, WaNGi)
    BuNGa TaNJuNG~SHaRiFaH aiNi

    BuNGa TaNJuNG BuNGa TaNJuNG PuTiH BeRSeRi
    KeMBaNG JeLiTa HaRuM BauNYa
    GaGaH SuNGGuH PoHoNMu BeRDiRi
    TeGaP RiMBuN GaGaH PeRKaSa
    HaRuM JeLiTa Si BuNGa SuCi
    iDaMaN DaRa GaDiS RuPaWaN
    SaNGaT SoMBoNGNYa BuNGaMu MeNaRi
    MeLeNGGaNG-LeNGGoK DiHuJuNG DaHaN
    WaLauPun eNGKau Si BuNGa TaNJuNG
    HiaSaN SaNGGuL GaDiS RuPaWaN
    TiaDaLaH KaMu SaNGaT BeRuNTuNG
    BaGai MeLaTi
    BaGai MeLaTi DiLeMBaH SaNa
    LiHaTLaH SeNYuMaN KeMBaNG MeLaTi
    DiSuNTiNG KeLaNa HaTi...
    Di LeMBaH SuNYi
    LiHaTLaH PuLa BuNGa TeRaTai
    DiJuNJuNG MuSaFiR LaMBai MeLaMBai
    SuNGGuH NaSiBMu Si BuNGa TaNJuNG
    BaGai CaHaYa DiTuTuP MeNDuNG
    TiaDaLaH TaNGaN MeNYuNTiNG KaMu
    MeNuNGGu GuGuR Di aNGiN LaLu
    MaLaNG DuDuKMu Di DaHaN TiNGGi
    KiNi BeRTaBuR Di aTaS BuMi

    BuNGa iRiS

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa iRiS :
    iRiS SYaKeeLa
    (iRiS-BuNGa iRiS) (SYaKeeLa-YaNG CaNTiK MeNaWaN)
    BuNGa iRiS ~ aWie
    Kau MaSiH Ku CiNTai..SuNGGuH
    DaRi aWaL DuLu HiNGGa HaRi iNi
    aKu PaSTi SeYaKiNNYa PaSTi
    KauLaH SaTu uNTuKKu
    Kau MaSiH DeWi HaTiKu..SuNGGuH
    BiaR SeJuTa TaHuN HiLaNG Di HaRi
    uSaH GuSaR..SaYaNG..uSaH RaGu
    aKu MiLiK Mu
    CiNTaKu JiKa Kau TaNYa PaDa BiNTaNG
    KeMiLauaN SiNaR TaKKaN HiLaNG
    aKaN aKu SiNaRi DuNiaMu
    MoGa TeRPaDaM SaNGSi Mu
    CiNTaKu JiKa Kau LiHaT TiNGGiNYa aWaN
    TaKKaN TeRCaKaR TiNGGi CiNTaKu
    HaNYa HaTi Ku TaHu aPa MaHu Ku
    DaN DuNiaKu PaSTi MiLiK Mu
    HiNGGa Ke aKHiR HaYaT Ku..
    Kau MaSiH Ku CiNTai..SuNGGuH
    DaRi HaRi PeRTaMa Kau Ku NiKaHi
    aKu PaSTi...YaKiNNYa PaSTi
    eNGKau MiLiKKu

    BuNGa LiLY

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa LiLY :
    LiLY SYaZiYaH
    (LiLY-BuNGa LiLY) (SYaZiYaH-HaRuM, WaNGi)


    BuNGa LiLY

    BuNGa LiLY aTau YaNG MeMiLiKi NaMa LaTiN LiLiuM CaNDiDuM L, iNi DiKeNaL SeJaK ZaMaN YuNaNi KuNo. PaDa aWaLNYa LiLY TuMBuH Di DaTaRaN MeDiTeRaNia DaN aSia BaRaT, HaMPiR SeTiaP RuMaH Di SaNa DiHiaSi DeNGaN KeCaNTiKaN BuNGa iNi. BaHKaN KeMuDiaN BuNGa iNi DiKeMBaNGKaN Di DaeRaH PeRTaNiaN. BuNGa YaNG BiaSaNYa TuMBuH Di BuLaN Mei iNi HiDuP DeNGaN BaiK Di DaeRaH PeRGuNuNGaN. TaK BaNYaK YaNG PaHaM BaHaWa DiBaLiK KeiNDaHaNNYa, BaHaWa BuNGa LiLY MeMiLiKi KHaSiaT uBaT. MeNuRuT PRoF HeMBiNG WiJaYaKuSuMa DaLaM BuKuNYa eNSiKLoPeDia TuMBuHaN BeRKHaSiaT uBaT, SiFaT KiMia DaRi BuNGa LiLY aDaLaH DiNGiN, MaNiS, DaN aGaK PaHiT. eFeK FaRMaKoLoGi YaNG DiKaNDuNG TuMBuHaN iNi aDaLaH SeBaGai uBaT BaTuK (aNTiTuSiF) DaN PeNeNaNG (SeDaTiF). BeBeRaPa PeNYaKiT YaNG BiSa DiaTaSi BuNGa LiLY aDaLaH BaTuK, BenNGKaK DaN BiSuL, RaDaNG SaLuRaN NaFaS, RaDaNG PaRu-PaRu, aSMa, SaKiT LaMBuNG, DiaRe KRoNiS, SaKiT PeRuT SeTeLaH MeLaHiRKaN, JeRaWaT. DaN BeBeRaPa ZaT KiMia PeNTiNG TeRKaNDuNG Di DaLaMNYa, MiSaLNYa SePeRTi FLaVoNoiD (YaNG DiKeNaL SeBaGai aNTi oKSiDaN, aNTi KaNSeR, DaN MeMBaNTu ReGeNeRaSi KuLiT), KaRoTeNoiD YaNG BeRFuNGSi SeBaGai aNTi oKSiDaN, SaPoNiN (YaNG JuGa DiKeNaL SeBaGai ZaT PeNGHaMBaT TuMBuHNYa SeL KaNSeR).

    KHaSiaT BuNGa LiLY:
    1. MeMBaNTu MeNYeMBuHKaN DaN MeNGHiLaNGKaN BeKaS LuKa Di KuLiT, MiSaLNYa LuKa TeRBaKaR, LuKa aKiBaT JaTuH. DaN KeLeBiHaNNYa, LiLY DaPaT MeNYeMBuHKaN LuKa TaNPa BeKaS. KuLiT aNDa aKaN KeMBaLi CaNTiK SePeRTi SeMuLa.

    2. SaPoNiN PaDa uMuMNYa TeRDaPaT PaDa uMBi-uMBiaN DaN BiJi-BiJiaN. SaPoNiN BeRFuNGSi uNTuK MeNGHaMBaT PeRTuMBuHaN KaNSeR DaN MeMBaNTu MeNGaTuR KaDaR KoLeSTeRoL. SaPoNiN iNi JuGa TeRKaNDuNG Di DaLaM LiLY, iTuLaH SeBaBNYa BeBeRaPa PRoDuK KoSMeTiK aDa YaNG MeMaNFaaTKaN BuNGa LiLY uNTuK MeNCeGaH BeRKeMBaNGNYa SeL KaNSeR Di KuLiT (aPaLaGi JiKa KuLiT SeRiNG TeRKeNa CaHaYa MaTaHaRi SeCaRa LaNGSuNG).

    3. eKSTRaK BuNGa LiLY DaPaT MeMBaNTu MeNJaGa KeLeMBaPaN KuLiT, MeMBeRiKaN PeRaWaTaN SPeSiaL BaGi KuLiT KeRiNG, KuLiT iRiTaSi DaN KuLiT SeNSiTiF.

    4. PoLiSaKaRiDa YaNG JuGa TeRKaNDuNG Di DaLaM BuNGa iNi TeRMaSuK DaLaM KeLoMPoK HiDRoKoLoiD, FuNGSiNYa MeMBaNTu MeNiNGKaTKaN ViSKoSiTaS DaN KeSTaBiLaN KeLeMBaPaN aiR YaNG aDa Di KuLiT. Di DaLaM KuLiT,PoLiSaKaRiDa iNi MeNaHaN KaDaR aiR YaNG aDa aGaR TeTaP BeRaDa DaLaM JuMLaH YaNG SeiMBaNG.

    BuNGa MaWaR PuTiH

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa MaWaR PuTiH :
    NiSRiNa FaiHaNaH
    (NiSRiNa-BuNGa MaWaR PuTiH) (FaiHaNaH-HaRuM, WaNGi)




    MaWaRKu ~ SiTi NuRHaLiZa FeaT 2BY2
    Kau MaWaRKu

    JuWiTa KaLBu
    GaDiS YaNG Ku RiNDu
    Kau ReMaJa MeNaWaN HaTiKu
    MeRaYu JiWaKu
    Kau TeRuNa RaNGKai NYaWa
    LaMPu HaTi BeTa
    MeSTiKaH PeRGi JauH KeMBaRaKu
    TeRBaYaNG Jua

    BiLa eNGKau HiLaNG Di MaTa
    TiDuR NYeNYaK Ku TaK BiSa
    Ku TeRKenaNG WaJaHMu DiNDa
    HaNCuR KeRNa Kau Juwita

    MaWaR PuTiH
    SuCi MuRNi
    PuJaaN JauHaRi
    SeNYuMaNMu YaNG MeNaWaN HaTi
    GaDiSKu PeRTiWi

    BuNGa SeRoJa

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa SeRoJa :
    aMeeRa KauSaR
    (aMeeRa-PuTeRi, RaTu) (KauSaR-SeBuaH KoLaM Di SYuRGa)
    SeRoJa~JaMaL aBDiLaH
    MaRi MeNYuSuN SeRoJa
    BuNGa SeRoJa aH..aH..
    HiaSaN SaNGGuL ReMaJa
    PuTeRi ReMaJa ah..ah..RuPa YaNG eLoK
    Di MaNJa JaNGaN DiMaNJa aH..aH..
    PuJa LaH ia SeKaDaR
    oH SeKaDaR SaJa
    MeNGaPa Kau BeRMeNuNG
    oH aDiK BeRHaTi BiNGGuNG
    MeNGaPa Kau BeRMeNuNG
    oH aDiK BeRHaTi BiNGGuNG
    LuPaKaN SaJa aSMaRa
    PaDa aSMaRa.
    LuPaKaN SaJa aSMaRa
    PaDa aSMaRa..
    MaRi MeNYuSuN SeRoJa
    BuNGa SeRoJa aH..aH..
    HiaSaN SaNGGuL ReMaJa
    PuTeRi ReMaJa aH..aH..
    RuPa YaNG eLoK
    Di MaNJa JaNGaN DiMaNJa aH..aH..
    PuJa LaH ia SeKaDaR
    oH SeKaDaR SaJa

    SeRoJa~SeaRCH
    TeRPaNCaR SeJaLuR CaHaYa
    Di KeLoPaKNYa SeRoJa
    BaK GeMiLaNG SaMaReNDa
    MeMuKau MaTa HaTi iNi SeKeTiKa
    LaMuNaNKu TeRSeNTaK
    LaLu Ku MeNDoNGaK
    GeMuRuH RaSa
    TeRPaKu SuKMa
    TeRKeNa LoNTaRaN SeNYuMaN MiSTeRi
    SiaPa GeRaNGaN SaNG PuTeRi
    MeNGaLuNG CiNTa DiLeHeRKu
    DaN TeRuS BeRLaRi
    aKu CuBa MeNanNGKaP BaYaNG BaYaNGNYa
    Di aNTaRa KeMBaNG SeRoJa TaSiK CiNTa
    TaPi MaLaNGNYa JaTuH Ke LeMBaH
    BeRDuRi DaN SePi

    BuNGa MaTaHaRi

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa MaTaHaRi :
    NaFLaH HaSeeNa
    (NaFLaH-BuNGa MaTaHaRi (HaSeeNa-CaNTiK)
    BuNGa MaTaHaRi~MaYa
    TeRBiT SiNaR MeNTaRi
    SaBaN HaRi
    MeNGeJuT MiMPi
    DaRi LeNa
    RiaNG KeNaRi
    Di CeMaRa
    MeNGuSiK SuKMa
    BuNGa-BuNGa MaTaHaRi
    aNGGuN MeKaR
    Di TaMaN SaRi
    WaRNa JiNGGa
    SuNTiNGaN HaTi
    BaGai TaNDa
    KaSiH BeRSeMi
    HaNGaTNYa SiNaRaN
    WaLau GeTiR Ku TeMPuH DuGaaN
    MeNYaHuT WaWaSaNKu
    PoHoNKaN SeGuNuNG HaRaPaN
    BaNGKiTKaN CiTRaMu iNSaN
    DaLaM DiaM MeNYaMBuNG WaRiSaN
    SeKiLaS SiNaR MeNTaRi
    MeLeWaTi Di SeNJa MeNanNTi

    BuNGa CeMPaKa

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa CeMPaKa :
    KaDZiYaH eRYNa

    (KaDZiYaH-PoHoN BeRBuNGa MeMaNJaNG DaN HaRuM BauNYa) (eRYNa-CaNTiK)

    KHaSiaT BuNGa,DauN, DaN aKaR PoKoK CeMPaKa :

    BuNGa CeMPaKa KuNiNG:
    DiGuNaKaN uNTuK WaNiTa SeLePaS BeRSaLiN, KeNCiNG TaK LaWaS DaN DeMaM SeLSeMa.
    KaeDaH PeNYeDiaaN uNTuK MeRaWaT WaNiTa SeLePaS BeRSaLiN aDaLaH DeNGaN CaRa MeNGaMBiL BeBeRaPa HeLai DauNNYa DaN BeRSiHKaNNYa TeRLeBiH DaHuLu. KeMuDiaN ReBuSKaNNYa SeHiNGGa MeNDiDiH DaN SeTeLaH aiRNYa SuaM-SuaM KuKu BaRuLaH DiMiNuM.
    BaGi KeNCiNG TaK LaWaS PuLa, aMBiL BeBeRaPa KuNTuM BuNGaNYa DaN BeRSiHKaNNYa DaHuLu . SeLePaS iTu ReBuS HiNGGa MeNDiDiH DaN KeMuDiaN TuNGGuLaH SeHiNGGa SuaM uNTuK DiMiNuM.
    uNTuK DeMaM SeLSeMa , aMBiL aKaRNYa DiTiTiK aTau Di PeCaH-PeCaHKaN. KeMuDiaN ReBuS HiNGGa MeNDiDiH DaN TuNGGuLaH HiNGGa aiR ReBuSaN iTu SuaM BaRuLaH DiMiNuM.

    BuNGa CeMPaKa PuTiH :
    DiGuNa uNTuK MeRaWaT PiTaM, BiSuL DaN RaDaNG TeNGKuK.

    CeMPaKa PuTiH DiGuNaKaN uNTuK MeRaWaT PiTaM iaiTu DeNGaN MeNGaMBiL BeBeRaPa KuNTuM BuNGa uNTuK DiReBuS SeHiNGGa MeNDiDiH DaN SeTeLaH aiRNYa SuaM-SuaM KuKu BaRuLaH DiMiNuM.
    uNTuK MeRaWaT PeNYaKiT BiSuL PuLa, CaRa MeNGGuNaKaNNYa aDaLaH MuDaH , iaiTu DeNGaN MeNGaMBiL BeBeRaPa HeLai DauNNYa YaNG SeGaR DaN DiTuMBuK HiNGGa LuMaT, SeTeLaH iTu DiTeMPeKKaN PaDa TeMPaT YaNG TeRKeNa BiSuL iTu.

    uNTuK MeRaWaT RaDaNG TeNGKuK, aMBiL BeBeRaPa KuNTuM BuNGa uNTuK DiReBuS SeHiNGGa MeNDiDiH DaN TaMBaHKaN DeNGaN MaDu SeBeLuM DiMiNuM. SeTeLaH aiRNYa SuaM-SuaM KuKu BaRuLaH DiMiNuM.


    BuNGa LiLY VaLLeY

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa LiLY oF THe VaLLeY :
    SuSaNi SYaMiMi
    (SuSaNi-LiLY oF THe VaLLeY) (SYaMiMi-KeHaRuMaNKu)

    BuNGa KeMBoJa

    SuGGeST NaMa SeMPeNa KeMBoJa :
    RaiHaNaH SuRaiYa
    (RaiHaNaH-JaMBaK BuNGa YaNG HaRuM) (SuRaiYa-CaNTiK)

    BuNGa KeNaNGa

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa KeNaNGa :
    ZaHRa SoFia
    (ZaHRa-BuNGa) (SoFia-CaNTiK)


    BuNGa BaKaWaLi

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa BaKaWaLi :
    DiaN BaDRiYaH
    (DiaN-CaHaYa) (BaDRiYaH-CaNTiK SePeRTi BuLaN PuRNaMa)
    BaKaWaLi-Siti Nordiana Feat SYuRa
    BaKaWali Hai BuNGa BaKaWaLi
    MeKaR KeMBaNG Di MaLaM HaRi Di MaLaM HaRi
    CiNTa SuCi TiDaK DiJuaL BeLi
    TiDaK MuDaH DiTuKaR GaNTi BaWa Ke MaTi
    KuNiNG PiNaNG WaRNaMu (Hai SuNGGuHLaH BeRSeRi)
    BiaR TeRBiT MeNTaRi (Kau MeMBaWa DiRi)
    PaTaHLaH HaTi uSaH DiTuRuTKaN
    KeLaK MeRaNa BaDaN TaK LaLu MaKaN
    BuKaN SeNGaJa HaMBa NaK TuRuTKan
    HaNYa YaNG aLaMi DaPaT MeRaSaKaN
    TiKaR SeRaMPiN JaNGaNLaH Di BuaNG
    BoLeH DiPaKai Hai BeRuLaNG-uLaNG
    BeRKaSiH SaYaNG TaK SiaPa YaNG HaLaNG
    KuaTKaN iMaN BaWaLaH BeRTeNaNG
    BeRCaHaYa TeRaNG BuLaN PuRNaMa
    SeDaNG aNGiN SePoi BaHaSa MeNYaPa MuKa
    NaK BeRCiNTa BiaR BeRPaDa-PaDa
    JiKa BeNaR, BeNaR DaH SuKa SaTuKaN SaJa
    KuNiNG PiNaNG WaRNaMu (Hai SuNGGuH BeRSeRi)
    BiLa TeRBiT MeNTaRi (Kau MeMBaWa DiRi)
    MeNGHaRaP KaSiH oRaNG TaK KaSiHaN
    KaLau PuN KaSiH HaNYa SePaRuH JaLaN
    JiKa BeGiNi MaKNa PeRCiNTaaN
    RaSaNYa eLoK DuLuKaN MaSa DePaN
    Hai NaK MuDa KaLau aSYiK BeRMiMPi
    NaNTi KeRJa TiDaK MeNJaDi KauLaH YaNG RuGi
    Di MaSa BeRCiNTa iNDaH SeKaLi
    NaMuN LeBiH iNDaH SeNDiRi Hai TaK SaKiT HaTi
    Hai BaKaWaLi BuNGa SuCiKu SaYaNG
    KeMBaNGNYa MaLaM Hai MaLaM BeRKeMBaNG
    BeRKaSiH SaYaNG TaK SiaPa YaNG HaLaNG
    KuaTKaN iMaN BaWaLaH BeRTeNaNG
    Hai BaKaWaLi NaMa LaGu DiBeRi
    ReNTaKNYa ZaPiN SeMoGa MeNGHiBuRKaN
    TiBaLaH MaSa KaMi MeNGuNDuR DiRi
    TeRSaLaH SiLaP HaRaP DiMaaFKan
    BuNGaKu BaKaWaLi

    oH

    BuNGa KeKWa

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa KeKWa :
    SYaDNi NaDHiRa
    (SYaDNi-PoKoK BuNGa) (NaDHiRa-CaNTiK)

    BuNGa LaVeNDeR

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa LaVeNDeR :
    NaSRiN SYaZWaNi
    (NaSRiN-BuNGa BiRu YaNG WaNGi) (SYaZWaNi-KeHaRuMaNKu)

    BuNGa CaRNaTioN

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa CaRNaTioN :
    RauZaH SYaMeeNa
    (RauZaH-BuNGa YaNG BeRBau WaNGi) (SYaMeeNa-CaNTiK)


    BuNGa HaRuM...

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa HaRuM SuNDaL MaLaM :
    SYaZa NuRLaiLa
    (SYaZa-KeHaRuMaNKu) (NuRLaiLa-CaHaYa MaLaM)


    BuNGa TuLiPS

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa TuLiP :
    SYauRaH aLWaNi
    (SYauRaH-CaNTiK, LaWa) (aLWaNi-WaRNa WaRNi)

    BuNGa oRKiD

    SuGGeST NaMa SeMPeNa BuNGa oRKiD :
    FaTiN LiYaNa
    (FaTiN-CaNTiK, MeNaWaN) (LiYaNa-KeHaLuSaN, KeLeMBuTaN)