z

z

30 September 2010

CAHAYA.FM | DEMI MASA

CAHAYA.FM | DEMI MASA – SHOUTUL ISLAM


Radio online internet berkonsepkan Islam yang memutarkan lagu-lagu nasyid sebagai hiburan dan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai santapan rohani serta ceramah-ceramah agama sebagai santapan minda. Disebut sebagai Cahaya Dot FM. Siaran untuk menyampaikan mesej Islam dalam memperjuangkan Islam sebagai agama Allah. Siaran berterusan 24 jam tanpa henti dengan memutarkan lagu-lagu nasyid, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan ceramah terpilih.Ada masa tertentu yang mempunyai penyampai untuk berinteraksi dengan pendengar


KENALI DJ CAHAYA.FM





OPS DJ sapa pulak ni ek.... ni lah orang yang memiliki blog ibojot.blogspot

GREEN BEAN SOY DRINK

GREEN BEAN SOY DRINK

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!! Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Jenama ni minuman air soya hijau


Perhati ingredient


Kod Lemak Babi


Made in China

CAHAYA.FM | DEMI MASA



Baju fan anak jawa johor

BAJU LENGAN PENDEK BERKOLAR ( Bersulam )

PANDANGAN HADAPAN
PANDANGAN BELAKANG

KOD BAJU : A01
HARGA : RM 32.00
POS : RM 7.00 (Semenanjung )RM 10.00 ( Sabah/Sarawak )
SAIZ : SS,S,M,L,XL,2XL Dan Keatas
TAMBAHAN : 3XL Dan Keatas Caj Tambahan RM 2.00



BAJU LENGAN PANJANG BERKOLAR ( Bersulam )

PANDANGAN HADAPAN
PANDANGAN BELAKANG

KOD BAJU : A02
HARGA : RM 34.00
POS : RM 7.00 (Semenanjung )RM 10.00 ( Sabah/Sarawak )
SAIZ : SS,S,M,L,XL,2XL Dan Keatas
TAMBAHAN : 3XL Dan Keatas Caj Tambahan RM 2.00



BAJU LENGAN PENDEK TIDAK BERKOLAR ( Tidak Bersulam )

PANDANGAN HADAPAN
PANDANGAN BELAKANG

KOD BAJU : B01
HARGA : RM 22.00
POS : RM 6.00 (Semenanjung )RM 10.00 ( Sabah/Sarawak )
SAIZ : SS,S,M,L,XL,2XL Dan Keatas
TAMBAHAN : 3XL Dan Keatas Caj Tambahan RM 2.00



BAJU LENGAN PENDEK TIDAK BERKOLAR ( Tidak Bersulam )

PANDANGAN HADAPAN
PANDANGAN BELAKANG

KOD BAJU : B02
HARGA : RM 24.00
POS : RM 6.00 (Semenanjung )RM 10.00 ( Sabah/Sarawak )
SAIZ : SS,S,M,L,XL,2XL Dan Keatas
TAMBAHAN : 3XL Dan Keatas Caj Tambahan RM 2.00


PEMBELIAN LEBIH DARI SEHELAI KOS POS PERLU DI TAMBAH SEBANYAK RM 2.00

TEMPAH DULU,BAYAR DAN BARU DAPAT

TARIKH TEMPAHAN BERMULA
20/09/2010 - 10/10/2010

KEMUNGKINAN TARIKH DI POSKAN
25/10/2010

CARA TEMPAHAN

1. Sila Sms Ke Nama, Alamat, Kod Baju, Saiz Baju Dan No Telefon Di No 019-7262520

2. Sila Masukan Nama, Alamat, Kod Baju, Saiz Baju Dan No Telefon Di Inbox Facebook Arnizan Tulka

CARA BAYARAN

1. Sila Bank In Kan Atas Nama Arnizan Tulka Di

a. Maybank : 151052134164

b. Cimb : 01050114404523

Pembeli perlu membayar DEPOSIT 50% dari belian @ bayar habis.

Sekiranya sudah membuat bayaran Sila Sms Nama, Nama Bank, Jumlah bank in,Tarikh dan Masa bank in serta No tranksi @ MMS Slip pembayaran Di No 019-7262520

@ Antarkan butiran tersebut di inbox facebook ARNIZAN TULKA

23 September 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Jodoh Itu Kita Yang Pilih!

Sejarah. Jam 3.05 pagi 23 September 2010 saya telah membaca satu ulasan di facebook yang cukup-cukup menyentap jiwa. Ya, persoalan yang sering bermain-main di minda, sering terngiang-ngiang di telinga, sering melingkari minda telah terjawab. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Fahrin Badry kerana menjernihkan kefahaman saya perihal jodoh. Ulasan beliau :

"Allah menegaskan supaya kita menghindari zina, namun usaha untuk mengenali terlebih dahulu calon isteri itu WAJIB dilakukan. Kita boleh berserah 100% kepada Allah tetapi kemudian hari kita menyalahkan pula Allah atas kesilapan jodoh kita itu nanti. Jodoh kita sebenarnya ramai, mana satu kita pilih, itu bukan urusan Allah. Urusan Allah adalah menetapkan jodoh kita, yang membuat pilihan adalah manusia itu sendiri.

Sama seperti beragama, Allah memberi garis panduan dan hukum hakam agar manusia itu selama dengan agamaNya (Islam), namun, pilihan beragama itu terletak ditangan manusia itu sendiri. Jika tersasar, maka nerakalah tempatnya. Begitulah dengan JODOH, REZEKI dan MAUT. Memang sejak azali ianya telah ditetapkan tetapi manusia itu berhak memlilih agar Qada dan Qadar dirinya tidak pada akhirnya Allah yang dipersalahkan. Saya tidak bersetuju JODOH datang tanpa usaha.

Jodoh itu sama seperti Rezeki dan juga ajal maut. Jika kita malas berusaha mencari sesuap nasi, nasi tidak akan datang sendiri kepada kita, begitu juga ajal maut, kita mabuk dan kemudian memandu dengan cuai, akhirnya berlaku kemalangan yang mana berpunca dari pilihan kita sendiri. Allah hanya menetapkan keputusan keatas 3 perkara ini. Semuanya mesti dibuat pilihan dan nilaian oleh kita sendiri.

Menghadiri kuliah agama kerana ada 'bunga' yang diminatinya itu juga tidak salah kerana bertemu di majlis Ilmiah dan bersaksikan puluhan manusia lain tidak mendatangkan mudarat kepada kita. Itu sebenarnya usaha yang baik. Mana mungkin kita menemui EMAS PERMATA jika dicari dalam TONG SAMPAH...Mungkin ada berlaku sedemikian tetapi it's only 1 in a Trillion. Sangat kecil nisbahnya. Dont be afraid of JODOH.

Usaha, Berdoa dan kemudian Tawakallah kepada Allah. Itu baru tepat. Ia bukan HARAM sebagaimana maksud firman Allah berhubung mendekati zina itu.
"

Mashaallah. Ini benar-benar satu ilmu yang berharga. Allahumma Zauwijni Zaujahi Solehah Mukminah Kamilah wa Jamilah. Amin..


Sumber: http://tafsir-sipenulis.blogspot.com/

22 September 2010

Kebakaran

UTUSAN MALAYSIA

5 beranak tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm&ref=nf

BATU PAHAT 21 Sept. - Di saat umat Islam masih bergembira menyambut kemeriahan Aidilfitri, lima sekeluarga terpaksa tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Nibong, Semerah, dekat sini, hari ini.

Mangsa, Saimah Atan, 59, berkata, ketika kejadian, dia sedang berada di belakang rumahnya untuk membakar sampah sarap, pukul 8.30 pagi.

Beliau berkata, malangnya dia tidak menyedari api pembakaran itu turut merebak dan membakar rumahnya.

"Saya pergi ke belakang untuk membakar sampah dan mengemas di belakang tetapi tanpa disedari rumah saya pula terbakar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, dia hanya menyedarinya apabila diberitahu oleh jirannya, Salmawiah Pagi, 42, yang ternampak rumahnya sedang terbakar.

Saimah tinggal bersama suaminya, Mohd. Noh Yusof, 60, tiga anaknya Mohd. Razif, 28, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Sejagong Sri Medan, Mohd. Firdaus, 24, dan Noratika,17.

Dia yang bergegas ke rumahnya tidak sempat menyelamatkan semua barang berharga termasuklah wang tunai RM700 kerana api merebak pantas.

"Bahang api yang kuat mengakibatkan pipi dan lengan kiri saya melecur," ujar beliau.

Noratika yang bersekolah di tingkatan 5, Sekolah Menengah Semerah akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sedih kerana kesemua buku sekolah dan latihannya serta duit rayanya musnah.

Salmawiah berkata, dia dan anaknya cuba menyembur air menggunakan paip getah dari rumahnya tetapi gagal kerana api semakin marak.

"Kami terdengar bunyi letupan kuat mungkin kerana tong gas di rumah Saimah," katanya ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.


SINAR HARIAN

Rumah musnah dijilat api

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8205456.asp

SEMERAH – “Saya reda dengan apa yang berlaku,” luah mangsa, Saemah Atan, 59, yang tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya hangus dijilat api dalam satu kebakaran pagi semalam semalam.
Menurut Saemah, dia langsung tidak menyedari kejadian kebakaran itu berlaku kerana terlalu asyik membersihkan belakang rumahnya dengan membakar sampah serta membersihkan halamannya kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, ketika asyik membersihkan serta membakar sampah, jirannya, Samawiah Pagi, 42, memanggilnya dan mengatakan bahawa rumahnya sedang terbakar.

“Saya sungguh terkejut dan ketika melalui bahagian tepi rumah, pipi dan lengan saya melecur akibat daripada bahang api yang terlalu panas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian rumah berkenaan di Kampung Sungai Nibong.

Saemah reda apabila kesemua barang-barang berharga dalam rumahnya, duit raya anaknya dan wang tunai RM500 musnah dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti perasaan anaknya yang bersekolah di tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

“Makcik tidak tahu apa perasaan anak, Noratikah Mohd Noh, 17, yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini, sebab semua barang-barang dan buku pelajarannya musnah kebakaran ini.

“Saya juga tidak dapat memastikan apakah punca kebakaran ini kerana semasa keluar untuk membersihkan belakang halaman rumah, saya sudah pastikan ubat nyamuk yang dipasang pada malam harinya sudah dilihat tiada apinya,” katanya.

Sementara itu, Samawiah berkata, dia menyedari kebakaran tersebut apabila terdengar bunyi meletup sebanyak dua kali dari rumah jirannya itu semasa berehat di rumahnya.

Menurutnya, disebabkan bunyi itu, beliau melihat rumah jirannya itu dan terkejut apabila rumah itu sedang dijilat api.

“Saya sungguh terkejut apabila melihat api mula marak menjilat dinding-dinding yang terdiri daripada kayu mula terbakar. Disebabkan itu juga, saya terus membuka paip air untuk memadam api, namun ianya terlalu marak,” katanya ketika ditemui.

Ketika kejadian tersebut juga, anak jirannya, Mohd Firdaus Mohd Noh, 24, sempat menyelamatkan diri apabila terkejut daripada tidur setelah menyedari bahang panas.

Difahamkan, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.



21 September 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله



Maher Zain - Insyaallah (Malay) cover brostudio



Maher Zain - Insyaallah (English)



Maher Zain - Inshaallah (Türkçe/Türkisch )



Maher Zain - Insyaallah (English)



Konvoi 136 Ekor Ulat Bulu



9 Syawal 1431H.
KALIMAJARO I

Firman Allah yang maksudnya:

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Surah Al Furqan 25:63

Kejadian di Afrika Selatan pada 6 September 2010

South Africa Isnin 6 September 2010: Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.

Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah.

Istiqamah

10 Syawal 1431H.

“Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku suatu ucapan sehingga aku tidak perlu bertanya lagi kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ucapkanlah ‘Aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah’” (HR Muslim).

Dapat difahami dari apa yang dikemukan Rasulullah dalam hadits di atas bahwa beriman itu amat penting, namun yang lebih penting lagi untuk tahap selanjutnya adalah beristiqamah atau menetapkan hati dalam keimanan. Apalagi imannya seseorang boleh mengalami pasang surut setiap saat. Paling menyedihkan bila surut iman seringkali dialami orang setelah sempat berusaha sekuat-kuatnya untuk pasangkan (imannya) di waktu bulan Ramadhan.

Tentunya sangat malang bagi manusia yang hidup dalam keadaan iman surut atau bahkan tidak beriman. Sebab, mungkin sahaja ajal akan menjemput di saat sedang demikian. Sedangkan Allah sudah mengingatkan dalam al-Qur’an agar jangan sekali-kali mati kecuali dalam keadaan beriman atau dalam keadaan Islam.

Meskipun diingatkan secara berulang kali namun manusia diberikan pilihan untuk mati dalam keadaan beriman atau sebaliknya. Masih banyak manusia yang tidak mampu mengawal hidupnya, sehingga akhirnya mendapati dirinya mati dalam keadaan tanpa beriman. Buktinya, tidak semua orang mampu bertindak lurus atau tetap hidup sesuai dengan tuntunan iman. Malam beriman, siangnya sudah berubah diwaktu malamnya.

Malah timbul kebimbangan di waktu sekarang bila orang yang bergelar Islam sudah sanggup bunuh orang lain dan membunuh diri. Sedangkan Hukum bunuh diri sangat jelas iatu "tidak mencium bau syurga" dan tjenazahnya tidak layak dikebumikan di perkuburan Islam.

18 September 2010

Kalimah ALLAH yang tersembunyi disebalik Kasut Crocs?


Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini.

Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia. Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

Baiklah, sila lihat gambar di bawah :


Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :



Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :

Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Kebetulan? Bagaimana pendapat anda?

Nota :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Percayalah, tulisan aku ini bukanlah untuk mensabotaj Crocs, cuma memanjangkan perkara ini kepada masyarakat supaya ada jawapan balas dari pihak tersebut. Andaian dan kekeliruan pasti dapat dikecapi jika ada pihak yang membangkitkan persoalan dan ada pihak yang memberi jawapan.
g) Sila sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.

Nota terbaru :

a) Ini laman web rasmi Crocs : http://www.crocs.com/home/homepage,default,pg.html

b) http://www.azwananuar.com/info-tips/kasut-crocs.html)

Crocs, Inc diasaskan oleh usahawan bernama George B. Boedecker, Jr. untuk mengeluar dan mengedarkan kasut jenis clog plastik (Clog ialah sejenis kasut yang diperbuat daripada kayu). Plastik itu dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada iaitu Foam Creations. Pada awalnya kasut tersebut dihasilkan sebagai kasut spa dan produk pertama yang dikeluarkan Crocs ialah Crocs Beach pada tahun 2002, jenis yang paling banyak sangat kita nampak sekarang.

Crocs, Inc telah membeli Foam Creations dan seluruh operasi pengeluarannya demi menjamin hak ekslusif keatas bahan yang digunakan untuk membuat plastik tersebut iaitu foam resin. Crocs telah mendaftarkan paten kasutnya pada Februari 2006. Selepas ianya didaftarkan Crocs, Inc telah memfailkan saman kepada beberapa syarikat yang mengeluarkan dan mengedarkan produk dan rekabentuk yang hampir sama dengan kasut Crocs. Produk-produk tiruan ini dikenali sebgai Crocs-offs.

Budak sekolah bertudung yang terlampau



Inilah dia budak sekolah bertudung tapi perangai tak senonoh, bergambar sambil menunjukkan isyarat lucah dengan wjah bangga. Apahal lah budak-budak ni? Apa yang diorang nak tunjuk ye? Anak siapa ni? panggil mak bapak dia biar ReJaM tempeleng! Memalukan bangsa dan agama! Sekalali tengok dah tahu orang Melayu, sekilas pandang dah tahu orang Islam!

Sumber : http://milosuam.blogspot.com

17 September 2010

Maher Zain - Insyaallah (Malay)



MURTAD kerana Putus Cinta!

Original posted by : Kuasarakyatperak.blogspot.com

---->> LELAKI INI MENGAKU DIA TELAH MURTAD!

1- Si lelaki kecewa kerana putus cinta!

2- Lantas mempertikai kewujudan Yang Maha Esa! Nauzubillah!

3- Lantas mengwar2kan seantero alam : "Ya, aku dan dia pernah BERZINA!"

4- "Ini dia gambarnya. Lihatlah bagaimana aku berkucupan. kah kah kah."

5- Lif Pantai Permai menjadi saksi cinta lelaki kepada wanita. <--- Jika lif itu bersifat sama seperti manusia, sudah pasti dicampakkan kau berdua dari tingkat yang paling tinggi. Biar mati menyembah bumi!

6- Ugutan kepada si wanita! Lelaki itu pernah meratah tubuhnya!

7- Cium, bercium, dan terus bercium!

8- Dan akhirnya, beliau menyatakan : "May Jesus Bless u All My Friend" <--- Jika beliau beriktikad dengan apa yang beliau maksudkan di dalam status ini, maka jatuhlah SYAHADAHNYA!



9- "Aku ingat bila dah tukar agama ni, Jesus boleh tolong aku...tp tak jugak..betul ke TUHAN tu WUJUD?.."
<---- Astaghfirullah.. Nauzubillah...

Apa lagi yang boleh kukatakan? Apa lagi yang boleh kubebelkan? Apa lagi yang boleh kuperbuatkan? Hanya doa yang dapat kutitipkan : "Ya Allah, campakkanlah hati insan ini untuk bertaubat kepadaMU.."

"KENALILAH TUHAN PENCIPTA CINTA ITU DAHULU SEBELUM MENCINTAI MAKHLUK YANG DICIPTAKANNYA. INSYAALLAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT"

- Firdaus Al-Muari

Nota :

Maaf, aku tidak tahu siapa lelaki berkenaan. Dia bukan kawan facebook aku. Maklumat lanjut, kamu boleh dapatkan di --->
http://kuasarakyatperak.blogspot.com. Jika aku dapat sebarang maklumat berkaitan lelaki ini, aku akan share dengan kamu semua.