z

z

17 Julai 2009

ADA APA DENGAN GULA

Apakah Sebenarnya gula ?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

  1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
  2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
  3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
  4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
  5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajara
  6. Meningkatkan paras trigliserid
  7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
  8. Merosakkan buah pinggang
  9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
  10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
  11. Mengurangkan kromium dalam badan
  12. Mengurangkan kuprum dalam badan
  13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh system badan
  14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
  15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
  16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
  17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
  18. Melemahkan penglihatan
  19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
  20. Penyebab hipoglisemia
  21. Penyebab perut berasid
  22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
  23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
  24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
  25. Membawa kepada ketagihan alkohol
  26. Merosakkan gigi
  27. Penyumbang utama kegemukkan
  28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
  29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
  30. Penyebab artritis
  31. Penyebab lelah
  32. Pembentukan batu dalam ginjal
  33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
  34. pembentukan batu karang hempedu
  35. Penyebab sakit jantung iskemik
  36. Penyebab sakit apendiks
  37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
  38. Penyebab pendarahan
  39. Penyebab Vena Varikos
  40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
  41. Penyebab sakit gusi
  42. Penyumbang kepada Osteoporosis
  43. Penyebab air liur menjadi berasid
  44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
  45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
  46. Mengurangkan hormon tumbesaran
  47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
  48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
  49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
  50. Penyebab alergi terhadap makanan
  51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
  52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
  53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
  54. Penyebab penyakit kardiovaskular
  55. Melemahkan struktur DNA
  56. Penyebab Katarak
  57. Penyebab Emfisema
  58. Penyebab arteriosclerosis
  59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
  60. Merendahkan kemampuan enzim
  61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
  62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
  63. Meningkatkan lemak dalam Hati
  64. Membesarkan saiz buah pinggang
  65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
  66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
  67. Penyebab sembelit
  68. Penyebab rabun jauh
  69. Penyebab lapisan rerambut
  70. Penyebab hipertensi
  71. Penyebab sakit kepala
  72. Menganggu kemampuan berfikir
  73. Penyebab kemurungan
  74. Meningkatkan tindak balas insulin
  75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
  76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
  77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
  78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

  1. Glukosa
  2. Fruktosa
  3. Laktosa
  4. Maltosa
  5. Sukrosa
  6. Sirap Glukosa
  7. Sirap maple
  8. Molases
  9. Sirap hitam
  10. Sirap kencana
  11. Dektrosa
  12. Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

  1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
  2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
  3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
  4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
  5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
  6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
  7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
  8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
  9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
  10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
  11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Untuk makluman di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.


SUMBER : http://blogs.iium.edu.my/norasita/category/kesihatan/

Tiada ulasan: