Natrah ( Maria Hertogh ) Meninggal dunia
Ni aku nak cerita pasal natrah, masa aku kecik2 arwah bapa aku pernah bercerita pasal natrah ni.... tp masa tu aku tak tahu siapa natrah.. walau bagaimana pun, arwah bapak aku cerita kat aku.. aku cerita sikit lah apa yang arwah bapak aku cerita kat aku... natarah ni pada asalnya orang belanda yang menetap d singgapura dan duduk dengan ibu angkatnya yang beragama islam.... oleh sebab itu natarah telah masuk agama islam... kemudian natrah nak bernikah dengan sesorang guru yang beragama islam... namun menurut undang2 belanda bahawa wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Oleh yang demikian Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah. Dalam ruhusan ini arwah bapak aku pun terlibat. Arwah bapak aku kena masuk dalam..... ( lokap ) tapi kejap sahaja.... nasib baik bapak aku masuk lokap... Kalu bapak aku masuk dalam tanah ( terbunuh ) aku tak adalah ada kat dunia ini hehehhe.. Sebenarnya bapak aku ni orang singapura, sebab tu dia tahu cerita natrah ni..
KUALA LUMPUR, 10 Julai : - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.
Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.
Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.
Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.
Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

Sumber : Harakahdaily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan