z

z

16 Julai 2009

AKHIRNYA TERJAWAB

Akhil cerai Maizawati

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my

AKHIL menjawab soalan wartawan selepas kes penceraian dengan isterinya selesai di Mahkamah Syariah, Ipoh semalam.



MAIZAWATI di Mahkamah Syariah di Ipoh semalam.


  1. IPOH - Mahkamah Syariah di sini, mengesahkan lafaz cerai talak satu penyanyi Akhil Hayy, 40, terhadap isterinya, Maizawati Zainal, 33, semalam.
  2. Akhil yang juga dikenali sebagai Ustaz Rock melafazkan talak itu kira-kira pukul 12.15 tengah hari selepas Hakim Syarie, Mohd. Ridhuan Yusof mendengar dan berpuas hati dengan butiran perjanjian perceraian yang dipersetujui bersama yang dibacakan peguam Maizawati, Zulkifli Che Yong.
  3. Berikutan itu, Mohd. Ridhuan memerintahkan Akhil mematuhi syarat yang dimohon oleh Maizawati atau lebih dikenali sebagai Maiza selaku plaintif seperti yang terkandung dalam perjanjian itu.
  4. Antaranya, membayar nafkah edah kepada Maiza sebanyak RM15,000 dalam tempoh edah, membayar nafkah persekolahan dan perubatan anak-anak mereka

SUMBER : http://www.kosmo.com.my


Akhil Hayy sah bercerai talak satu


  1. IPOH 15 Julai - Sengketa rumahtangga penyanyi dan pendakwah, Akhil Hayy berakhir apabila dia melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya, Maizawati Zainal di Mahkamah Rendah Syariah dekat sini hari ini.
  2. Ikatan perkahwinan mereka terlerai selepas Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hai, 40, dan Maizawati, 33, mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.
  3. Kemelut rumahtangga mereka menjadi perbualan hangat selepas Maizawati mendedahkannya dalam sebuah program televisyen.
  4. Menambahkan lagi kontroversi apabila penyanyi, Waheeda dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas penyanyi rock tersebut.
  5. Akhil yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, melafazkan cerai dengan kebenaran mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Riduan Yusof.
  6. Sementara itu, Maizawati yang anggun berjubah biru berbunga-bunga dan bertudung hitam, kelihatan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung.
  7. Malahan Maizawati sempat memohon maaf daripada suaminya sebelum Akhil melafazkan cerai.
  8. Sejurus selepas itu, mahkamah memerintahkan supaya Maizawati menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula hari ini.
  9. Terdahulu, peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Maizawati, memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju bahawa hak penjagaan kesemua anak diberikan kepadanya.
  10. Sementara nafkah anak-anak yang melibatkan perbelanjaan, tempat tinggal, pakaian dan pendidikan ditanggung oleh Akhil.
  11. Kedua-duanya juga bersetuju rumah yang didiami Maizawati dan didaftarkan atas nama mereka berdua, dibahagikan secara bersama dengan bahagian Akhil diserahkan kepada keempat-empat anak hasil perkongsian hidup mereka.
  12. Akhil turut bersetuju membayar nafkah idah kepada Maizawati sebanyak RM15,000 sebulan selama tiga bulan.
  13. Ketika ditemui, Akhil berkata, dia menerima segala keputusan yang dibuat dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
  14. Dia juga sempat meminta semua pihak agar tidak lagi mensensasikan isu penceraian itu dengan mengaitkannya dengan kehadiran orang ketiga.
  15. "Keputusan yang dicapai ini sangat adil dan semuanya sudah selesai. Tidak ada kezaliman dalam hal ini.
  16. "Apa yang saya hendak tekankan adalah jangan membabitkan orang ketiga dalam hal ini kerana ia melibatkan kredibiliti saya sebagai pendakwah," katanya.
  17. Maizawati turut melahirkan rasa puas hati dengan keputusan yang dicapai.
  18. "Tidak ada apa yang perlu dipanjangkan lagi. Saya harap segalanya cukup setakat ini sahaja," katanya.

SUMBER : http://www.utusan.com.my



Tiada yang terzalim

Oleh Kasdi Ali dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my


  1. IPOH: “Inilah hakikatnya. Ana (saya) harap (mana-mana pihak) jangan mensensasikannya lagi. Yang dah selesai, selesai.
  2. “Ana doakan yang terbaik untuk masa akan datang. Yang terbaik untuk keputusan hari ini, itulah (perceraian),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy.
  3. Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai, 40, meminta semua pihak tidak lagi memperkatakan mengenai hal peribadinya selepas krisis rumah tangganya berakhir semalam sebaik dia menceraikan isterinya, Maizawati Zainal, 33, dengan talak satu di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof.
  4. Mengulas keputusan perceraiannya, bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh terbabit secara berseloroh menjawab: “Itu (kemenangan Pas) adalah keputusan pilihan raya kecil (Manek Urai) semalam (kelmarin). Hari ini (semalam) keputusan pilihan saya.
  5. Bagaimanapun, ‘Ustaz Rock’ itu dengan lantang menafikan punca keretakan rumah tangganya sehingga membawa kepada perceraian berpunca daripada pembabitan pihak ketiga.
  6. “Berkali-kali ana tegaskan, jangan babitkan perkara (punca perceraiannya) dengan pihak ketiga. Cukuplah, keluarga dan sesiapa yang terbabit dalam hal ini terzalim dan terkecewa secara tidak langsung selain kredibiliti ana yang tercalar cukup banyak.
  7. “Tidak ada (pembabitan) pihak ketiga, ana dah ulang (perkara ini) sebanyak tiga kali. Ini (perceraiannya) adalah masalah peribadi ana dengan bekas isteri. Masalah peribadi belaka.
  8. “Ramai yang mengaitkan spekulasi dan gosip yang mengatakan masalah ini timbul kerana ana terbabit semula dalam bidang seni dan mempersoalkan mengapa tidak berceramah macam dulu. Tapi, itulah ana, ini perjalanan saya,” kata
  9. Mengulas mengenai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya dalam laman blog tertentu termasuk mengatakan dia ‘ustaz munafik’, Akhil berkata:
  10. “Ana tengok tulisan (komen) dia orang (penulis blog) lebih hebat daripada ulama sekarang ini. Sebab menghentam ana dan macam-macam termasuk tuduhan ustaz munafik. Masalahnya ialah, inilah mentaliti masyarakat Malaysia, bila buka blog untuk (diberikan) ruang, mereka membuat (menulis) apa juga perkataan dan cacian cukup hebat.
  11. “Sebenarnya benda-benda ini kita kena check (semak) balik. Kita tidak tahu siapa yang bercakap sedangkan kita (saya) ini menjadi tontonan orang ramai, orang melihat kita setiap inci. Yang paling penting, kita tiada ruang (mempertahankan diri),” katanya.
  12. Mengenai perancangannya selepas ini, Akhil hanya berkata, buat masa sekarang beliau sedang membuat rakaman Tadarus Al-Quran dan meneruskan kehidupannya seperti biasa serta melaksanakan beberapa perkara yang dirancangkannya.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my


Akhil Hayy sah cerai talak satu

Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my

  1. IPOH: Penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy sah bercerai talak satu dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas 43 hari proses rundingan secara sulh.
  2. Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai, 40, membacakan lafaz perceraian di hadapan Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof selepas bekas isterinya, Maizawati bersalam dan cium tangan tanda memohon kemaafan.
  3. Lafaz dibuat selepas hakim mengesah dan merekodkan terma perjanjian dituntut plaintif (Maizawati) berhubung harta sepencarian dan hak penjagaan empat anak mereka.
  4. Ketika prosiding, peguam Maizawati, Zulkifli Che Yong memberitahu mahkamah hasil rundingan itu, kedua-dua pihak bersetuju memohon untuk bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Syariah Perak 2004 iaitu kebenaran bercerai secara baik.
  5. "Kedua-dua pihak percaya di atas dasar tiada lagi kesefahaman dan perkahwinan berpecah-belah, hubungan mereka sukar untuk dibaik pulih.
  6. "Justeru, plaintif memohon defendan melafazkan cerai dan kedua-dua pihak sudah menandatangani (dokumen) hak perceraian selepas keputusan mahkamah direkodkan," katanya.
  7. Hakim Mohd Ridzuan kemudian mengingatkan kedua-dua plaintif dan defendan bermuhasabah diri kerana itu jalan terbaik dan media diminta menamatkan kisah ini (perceraian) supaya kedua-dua pihak dapat menjalani hidup dengan tenang.
  8. Akhil yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz Rock’ akan membayar edah sebanyak RM15,000 kepada Maizawati dalam tempoh tiga kali suci bermula, semalam.
  9. Plaintif menerima hak penjagaan keempat-empat anak hasil perkahwinan mereka iaitu Siti Nur Maisarah, 12; Mohd Syarif Idayatullah, 11; Mohd Syakir Idayatullah, 8 dan Mohd Syatiri Idayatullah, dua tahun serta defendan dapat hak lawatan ketika musim cuti dan perayaan.
  10. Akhil juga bersetuju menyerahkan sama rata sebahagian daripada hak pemilikan rumah (harta sepencarian) di No 16, Laluan Bercham Utara 4, Taman Utama, Ipoh, kepada keempat-empat anak sementara sebahagian lagi dikekalkan milik Maizawati.
  11. Defendan juga bersetuju untuk tidak menuntut hak pemilikan sebuah kereta Proton Gen 2 yang didaftarkan atas nama bekas isterinya, sebaliknya menjelaskan baki bayaran ansuran RM500 sebulan sehingga selesai atau sehingga defendan berkahwin lain.
  12. Ditemui di luar mahkamah, Akhil yang juga bekas penyanyi kumpulan rock d'Riyadh mengulangi perceraian mereka tidak kena mengena dengan pihak ketiga.
  13. "Berkali-kali saya tegaskan, jangan babitkan pihak ketiga. Cukuplah, keluarga dan sesiapa yang terbabit dalam hal ini terzalim dan terkecewa secara tidak langsung selain kredibiliti saya yang tercalar cukup banyak,” katanya.

SUMBER : http://www.bharian.com.my

Tiada ulasan: