z

z

6 Julai 2009

TENTANG CINTA

APA ADA DENGAN CINTA

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah ko orang tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di siniaku ingin berkongsi dengan koorang tentang apa itu cinta.

  1. Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
  2. Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
  3. Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
  4. Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
  5. Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
  6. Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untukdirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
  7. Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
  8. Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
  9. Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa
  10. Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel danbersih.
  11. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
  12. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
  13. Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
  14. Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


"SEBENARNYA CINTA YANG HAKIKI IALAH CINTA KEPADA MAHA PENCIPTA"


Kenapa Cinta Susah Datang ?

Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan


13 Tanda ko orang telah jatuh cinta

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

  1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
  2. Anda akan sentiasa merindui dia.
  3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
  4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
  5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
  6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
  7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
  8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
  9. Dia sentiasa di fikiran anda.
  10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
  11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
  12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya
  13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


PENGALAMAN

  1. “Why man created just for hurting woman?” Pelik bila fikir,tapi inilah kenyataan.Kata-kata ni sebenarnya aku terima dari kawan baik yang baru berpisah dengan buah hatinya.Sewaktu aku terima mesej ni,aku sendiri terkejut.Namun dalam diam,aku hormati perasaannya.Perasaan seorang kawan yang baru keputusan cinta,sebagai seorang kawan aku cuba memahami keadaanya. Mesej yang kuterima di awal pagi itu baru lewat petang kubalas,aku tidak mahu menambah beban di hatinya. “Andai seorang lelaki dicipta untuk menyakiti,pasti wanita itu bukan dicipta untuk menyintai.”Ada rasa ragu bertingkah di jiwa,kalau2 mesejku itu boleh memburukkan lagi keadaan yang sedia parah.
  2. Aku bukan ingin melukai hatinya,bukan juga untuk menghukum di atas keadaanya.Cuma aku mahu dia kembali ke dunia realiti,cinta bknlah semanis yang kita impikan.Kdg2 kita terlalu menyalahkan keadaan,bersedih dengan apa yang bukan lagi milik kita.Sehingga kita terlupa untuk menilai diri sendiri,terlupa untuk menghitung langkah yang pincang semalam.. Bukanlah kita harus meletakkan segala bebanan dan kesalahan pada diri kita,tetapi kita tetap perlu sedar setiap benda bermula dari diri kita.Bagi aku,kalau seorang wanita tidak menerima cinta seorang lelaki mungkinkah dia akan dilukai dan hatinya disakiti?
  3. Setiap orang yang melalui kenangan manis akan merasai kepahitan dari kemanisan itu.Kalau tiada pahit,kita takkan tahu betapa manisnya kenangan itu.Kadang2 kita sering terlupa,apa yang kita ada itu bukan selamanya milik kita.Lalu kita terlupa menghargai apa yang kita ada,sehingga satu saat kitalah yang akan dilupakan.
  4. Cinta kadang2 manis tapi selalunya pahit,kita selalu mengharap cinta bermata tapi selalunya kita temui cinta nan buta.Kita sering mengharap pada yang tiada,sering mengharap pada yang bukan milik kita.Pernahkah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki,pernahkah sekali hadir di hati kita rasa cukup dengan apa yang ada.
  5. Bila kita diuji seperti ini,bukanlah bermakna Tuhan membenci kita.Sehingga ada saat kita bersangka buruk dengan ketentuan takdir,sedangkan yang terjadi itu adalah pilihan kita.Andai kita tidak diuji,kita akan terus terleka dan alpa.Tidak akan hadir dalam hati sikap berwaspada untuk masa yang akan datang,kerana cinta-Nya pada kita Dia menyedarkan kita sebelum terlewat.Saat untuk mengharuskan kita bersimpuh di hadapan-Nya,bahawa kita bukanlah sempurna seperti yang kita sangka.
  6. Cuma pesanku,cinta ibarat api..kecilnya menjadi teman tetapi bila besar ia menjadi musuh dalam diam.Kalau kita sanggup bercinta,sanggupkan juga diri kita untuk dilukai.Seorang lelaki bukan dicipta untuk menyakiti,bahkan seorang wanita dicipta dari rusuknya untuk menemani sepanjang perjalanan hidupnya. Cuma andai kita disakiti,bersabarlah dengan ujian ini.Masih ada cinta untuk diburu,cinta bersama-Nya adalah cinta paling berMAKNA..
cinTa

Tiada ulasan: